Wednesday, November 28, 2012

Rindu (Part II)



Assalamualaikum and Hi everyone :)

Tiba-tiba tadi aku teringat dekat cerita Paranormal Activity 4. Huhu. #Facts aku ni sangat sangat sangat super penakut, tapi suka bajet ajak kawan-kawan aku tengok cerita seram. Hahhaha. Serious. Kalau dekat hostel tu, aku lah terpaling bajet nak tengok citer macam ni, but when it comes to the ghost aku pejam mata and tak tengok. Diorang duk bagai gila menjerit , lepas hantu tu blah. Aku dengan muka taik aku "Eleh, tak seram pun" *Padahal awal2 aku dah pejam mata* Hhahahaha, Itu taktik dia :P

So, hari tu kitorang pun pegi lah tengok citer Paranormal Activity ni. Aku awal2 lagi dah cop seat tengah. Konon selamat la tuh? Haha. Tapi okay la aku still tahu kawan2 aku ada kat sebelah. Before kitorang masuk dalam cinema tu, ada lah snap pic sikit. Sikit ke? Hahahha.

Nampak tak ke-over-an aku? Erk, Aku ni memang cenggini. I do what ever I want :)

Dalam penakut penakut aku ni, satu je perangai aku. Even tengok cerita hantu ke apa ke yang seram. Kalau dah nama pegi tengok wayang, By hook or crook aku akan tengok jugak walau hati aku membuak-buak nak keluar je dari situ.Tapi satu je, orang yang duduk sebelah aku kena pakai telinga palsu dek kerana korang boleh terkena penyakit "Pekak Badak" bila aku dah mula menjerit ketakutan. Lols. Bagi aku , you pay for it, tak kan tak nak tengok kan? Betul? So sila angkat tangan siapa yang setuju. Haha Kalau tengok cerita yang tak seram lagi la aku tak kelip mata langsung. Ceit! 

Masa dalam cinema tu, biasalah kan. Kitorang dah menjerit macam orang gila. Yang lawak nya, aku ni selalu pengaruh kawan2 aku, (sebab dorang ni jenis berani sikit). Asal bila aku terjerit, dorang pun terikut sama. Hahahahaha. Kesian dorang. 

#Fact tentang aku, even masa first time aku tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu, aku menyorok belakang adik aku. Serious. Sebab aku tak expect la ending dia si Kak Limah tu dah gila kan? Aku duk pkir betoi la dia hantttt..... Haha. Even tu cerita lawak, aku still terkejut la. But tak over sangat sebab ada Johan. Hahah Ok ni tiba2 je terselit Johan. hoho P/s= Aku peminat No 1 Johan :)

Back to our story....

Aku paling sebal tahap dewa ending untuk cerita PA4 ni, sampai bila-bila aku takkan lupa weh. Betapa malunya aku pada waktu tu. Huahuahua.



Okay tengok gambar ni pun dah seram kan? Apatah lagi masa aku nak upload. tapi aku berani kan diri sebab nak buat untuk tetapan korang semua. Hhahaha. Korang bayangkan perempuan dalam gambar ni , Katie namanya. Dia tiba2 bergegas berlari ke arah sini macam orang gila. Aku memang dah terkejut sangat dah time tu. Sampai aku menjerit tak henti2. Wakakkaka. Guess what? ending dia memang buat aku terkejut tahap membuatkan mulut aku laju je mengeluarkan kata-kata kesat, lantas aku terus menangis. Bukan aku menangis pasal cerita ni parents and boyfriend budak perempuan ni mati. Tapi sebab aku takut, aku dapat merasakan macam benda tu betul2. Dah tu tengok wayang, screen bukan main besar kan? Padanlah muka aku!!

And for the next day, kitorang pegi tengok cerita Silent Hill in 3D but but Alhamdulillah tak nangis. Just like a normal person terjerit sikit tu wajib. Hahaha

Before I ending my post for today, I would like to say Sorry to Biha sebab gamba awak takde. Biha dengan Encik Boyfriend la masa tuwww. Hahaha .

-Diana-