Monday, June 18, 2012

Kenangan yang terindah.





Assalamualaikum si cantik dan si handsome~


Hai semuaaaaaa. I just found this...... (Tak tahu lah dari sumber mana kan) *facepalm* So, aku save aje lah.. Sebab gambar ni membuatkan aku teringat di suatu ketika dahulu di mana pada masa itu aku baru sahaja 14tahun.. Yang sangat innocent. Euw. Innocentlah sangatkan. Hahaha..

Masa aku tingkatan 2. Cikgu Math kelas aku ni lelaki.. Cikgu tu macam un-cool sikit, kalau masuk kelas je muka ketat, memang waktu dia mana ade seorang umat pun berani borak. Even though, aku ni seorang yang kuat bercakap. Aku mengambil langkah keselamatan dengan hanya menghantar surat kepada rakan sebelah aku, untuk tidak mematikan mood ingin berborak.. Hahaha

Nak dijadikan ceritakan, kerja math yang cikgu bagi majoriti ramai tak siap. Nak kata ade yang siap tu pun pakat-pakat copy orang lain punya je. Since aku ni punya malas membuak-buak walaupun aku tahu cikgu aku tu garang tapi aku dengan kawan-kawan selamberkkk badak je tak siap kan kerja. Ini lah di nama kan Teamwork.. Hahhaa, Seingat aku lah masa tu memang ramai pun tak siap. Cikgu dengan hanginnya terus suruh satu kelas berdiri.. Untuk masa 1jam (Sehingga waktu pembelajaran dia tamat).. Dengan bangga semua pelajar bangun, aku dengan membe aku duk pandang-pandang , gelak gelak.. Kepada siapa yang buat kerja time tu mesti rasa sebal gila sebab kerja mereka tidak dihargai sama sekali dan profit lah untuk pelajar yang mengambil kerja tu acuh tak acuh endah tak endah je..

Masa tu ada lah dalam 15minit berdiri, ni yang tegak je macam askar tu kan.. Aku mula lah dah cursing macam-macam dalam hati.. Rakan seperjuangan aku turut buat muka benci dia. Hahaha.. Cikgu aku tu sanggup menangguhkan sesi pembelajaran kitorang 1jam semata-mata nak denda kerja tak siap tu. HEH.

Tiba tibaaaaaa... Tibaaaa tibaaaaa kan, ada lah salah seorang classmates aku ni terjatuh pengsan. Mungkin sebab berdiri tegak terlalu lama.. Member aku ni pulak menjerit "Aaaaaaaaaaaaaaa", Aku dengan buat-buat muka terkejut nak pergi lah tolong minachi kelas aku tu (Indian girl).. Hihih, dan serta merta cikgu aku bersuara "Ok semua boleh duduk nanti semua pengsan tak pepasal saya ni masuk paper".. Once je dah dapat duduk, aku dengan member aku terus gelak-gelak kambing. Serious time tu tak tahan.. But somehow rasa macam nak ucap "Thanks" je kat minachi kelas aku tu. Huahuahua.. Sebab dia pengsan semua dapat duduk :D


P/s= Semua orang mesti ade kenangan ketika sekolah. Kalau takde tu, korang missed sesuatu yang bermakna dalam hidup. Ciao~

-Diana-