Sunday, June 17, 2012

Penantian yang terjawab

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, finally aku dapat on balik blog aku yang lama.. Ana merasakan dunia ini Ana yang punya *Style arab* and aku dapat merasakan ramai yang merindui aku di sini.. Kankan? Okay perasan jap. Seriuslah aku hampir merajuk dek kerana dah berapa minggu aku tak dapat on blog ni.. Aku hampir bertanyakan kepada diri sendiri? Masakan dunia ini tidak adil? aku hampir terjelepuk pengsan dan hiba kerana blog aku tidak dapat di-ekses semula.. Tetapi hari ni, aku telah meng-determined-kan diri aku semula untuk mencuba dan terus mencuba. Sudahlah internet seakan-akan ingin membuatkan mulut aku mengeluarkan kata-kata kesat. Tetapi, buat apa aku nak cakap macam tu kan? Buat dosa kering je. So, aku mendiamkan diri dan mengalir la sebutir permata. Hahahahha. Sedih la dol, internet tak menunjukkan kesungguhan, blog tak boleh akses. pergh


Walaupun aku bukan la blogfemes macam Maria Elena nor Fatin Liyana yang dah berpuluh-puluh ribu followersnya. Aku tidak kesah, tapi bagilah life aku balik. Tadaaaa~ Aku dah dapat balik life aku.. Tempat ini di mana aku share kan some infos atau pun cerita-cerita kosongku.. Sila rujuk gambar di atas. Walaupun aku ni pure Melayu.. Tetapi warga Indonesia yang banyak tengok blog aku compared to negaraku sendiri. Hahhaa. Yang tak tahan tu Malaysia yang ke-3 dan Netherlands pula menduduki tempat ke-dua. Takpelah, nanti aku pergi Netherlands.. *Pui lah kau diana* Cerita nak lebat.. Hhahaa

-diana-